Wednesday, October 14, 2009

Nuryn dah pandai menyanyi...

….. lagu Wonderpets, tepuk amai-amai dan juga ABC.   

Wonderpets, masih tak lancar dan sebutan juga masih ada yang pelat.

Lagu tepuk amai-amai pula cuma “kupu-kupu” saja yang Nuryn sebut “tupu-tupu”.  Yang lain semua jelas bunyinya.  “Santan” pun Nuryn sebut betul padahal abang Muqry masih nyanyi “sansan”.  Cuba yang ibu rasa kelakar, bila sampai bahagian “santan kelapa muda”, Nuryn akan ulang balik “tepuk Muqry pandai, nanti upah susu”.  Dok ulang-ulang yang sama sampai Ibu atau Abah tolong sambungkan “Muqry jangan nangis, Ibu Abah nak pergi kerja”.

ABC pun dah pandai, cuba bahagian L, M, N, O, P tak pandai lagi.

 

 

Monday, July 27, 2009

Malam yang indah...

Malam tadi untuk pertama kali, Abah bawa kita jalan-jalan ke Dataran Putra, Putrajaya. Kita keluar rumah agak lambat. Pukul 9.30 malam baru bertolak. Nuryn pun dah terlelap dalam perjalanan. Tapi, sebaik sampai, segar terus mata Nuryn.

Muqry apa lagi, seronok betul main lari-lari. Muqry kata, Muqry jadi 'racing car'. Nuryn pun sama ikut terkedek-kedek lari. Mula-mula Muqry & Nuryn takut nak pergi jauh dari Abah & Ibu. Lepas tu bila dah seronok, tak kisah lagi Abah & Ibu. Lari jauh-jauh kejar 'remote control car'. Muqry pun nak juga kereta tu.

Lain kali kita datang lagi ya. Awal sikit, bawa basikal, bola... dan Abah kata nak beli juga 'remote control car' untuk Muqry.


Ibu lupa nak bawa kamera. Jadi terpaksa ambil gambar dengan handphone saja. Bukan main bergaya lagi anak-anak Ibu

Friday, July 24, 2009

Selamat hari lahir sayang

Hari ini, jam 4.35 pagi tadi genap usia anak kesayangan ibu; "baby abang" 3 tahun. Ibu doakan semoga Muqry dikurniakan kesihatan yang baik dan akal yang bijak. Semoga jadi anak yang soleh, turuti kata Abah & Ibu.

Doa Ibu akan sentiasa mengiringi Muqry...

Malam tu kita sambut hari lahir Muqry dekat rumah Atok Serdang. Abah belikan Muqry kek dengan gambar 'car' sebab Muqry kan suka sangat dengan 'car'.

Cantik kan gambar 'car' tu. Muqry seronok sangat tengok kek ni. Pandai abah pilih kek untuk Muqry

Muka-muka kegembiraan

Kakak Caca tolong Muqry potong kek

Belum sempat ibu potong, Muqry dan Nuryn dah calit dulu kek tu. Sedap kan?


Tak akan ibu lupakan...

Semalam, balik dari kerja bibik beritahu pada Ibu yang ada kutu dekat kepala Muqry. Terkejut sungguh bila ibu tengok kepala Muqry. Memang betul…. Ibu nampak ada 2 ekor ibu kutu. Telur kutu pun banyak sangat. Ibu pun tak tahulah mana datangnya kutu tu semua. Tapi, ibu memang fobia dan kasihan dekat Muqry. Sampai luka-luka kepala Muqry sebab Muqry asyik garu.

Abah segera beli sikat kutu. Bila abah sikat dengan sikat tu, makin banyak ibu kutu yang kami jumpa. Mungkin lebih dari 10 ekor. Ibu dah cari telur kutu malam tadi. Tapi Ibu rasa mesti ada banyak lagi. Kasihan anak Ibu. Mungkin Muqry dapat masa hari Sabtu lepas. Yelah…. hari tu saja yang Muqry ada jumpa orang. Telur kutu pun ambil masa 5-8 hari untuk menetas. Hari ni Ibu akan suruh Abah belikan Muqry ubat kutu ya.

Wednesday, July 22, 2009

Langawi - Hari Ketiga

Isnin - 22 Jun 2009

Hari ni pagi-pagi lagi abah dah uruskan pertukaran bilik kita. Rancangan hari ni ialah 'island hopping'. Pukul 9 patutnya dah kena keluar. Ibu ingat tak jadi pergi pagi ni sebab tak sempat nak siap. Lagipun Abah masih uruskan pertukaran bilik. Abah sampai bilik 8.45 pagi, beritahu nak kena pergi pagi ni juga. Kelam kabut Ibu bersiap. Muqry & Nuryn pun belum mandi lagi masa tu. Sebaik kita keluar, van dah tunggu kat depan motel.


Sampai jeti, bot pun dah siap tunggu. Memang ramai orang yang nak pergi 'island hopping' ni. Laju betul bot tu kan? Kita semua kena pakai jaket keselamatan. Cuma Nuryn yang tak pakai sebab tak ada saiz. Destinasi pertama 'island hopping' ialah Tasik Dayang Bunting. Jauh rupanya dari jeti nak ke tasik tu. Mula-mula Muqry jalan sendiri, lepas tu bila dah penat Abahlah yang kena dokong Muqry. Nuryn seperti biasa, Ibu yang kena dokong.

i