Wednesday, October 14, 2009

Nuryn dah pandai menyanyi...

….. lagu Wonderpets, tepuk amai-amai dan juga ABC.   

Wonderpets, masih tak lancar dan sebutan juga masih ada yang pelat.

Lagu tepuk amai-amai pula cuma “kupu-kupu” saja yang Nuryn sebut “tupu-tupu”.  Yang lain semua jelas bunyinya.  “Santan” pun Nuryn sebut betul padahal abang Muqry masih nyanyi “sansan”.  Cuba yang ibu rasa kelakar, bila sampai bahagian “santan kelapa muda”, Nuryn akan ulang balik “tepuk Muqry pandai, nanti upah susu”.  Dok ulang-ulang yang sama sampai Ibu atau Abah tolong sambungkan “Muqry jangan nangis, Ibu Abah nak pergi kerja”.

ABC pun dah pandai, cuba bahagian L, M, N, O, P tak pandai lagi.

 

 

Monday, July 27, 2009

Malam yang indah...

Malam tadi untuk pertama kali, Abah bawa kita jalan-jalan ke Dataran Putra, Putrajaya. Kita keluar rumah agak lambat. Pukul 9.30 malam baru bertolak. Nuryn pun dah terlelap dalam perjalanan. Tapi, sebaik sampai, segar terus mata Nuryn.

Muqry apa lagi, seronok betul main lari-lari. Muqry kata, Muqry jadi 'racing car'. Nuryn pun sama ikut terkedek-kedek lari. Mula-mula Muqry & Nuryn takut nak pergi jauh dari Abah & Ibu. Lepas tu bila dah seronok, tak kisah lagi Abah & Ibu. Lari jauh-jauh kejar 'remote control car'. Muqry pun nak juga kereta tu.

Lain kali kita datang lagi ya. Awal sikit, bawa basikal, bola... dan Abah kata nak beli juga 'remote control car' untuk Muqry.


Ibu lupa nak bawa kamera. Jadi terpaksa ambil gambar dengan handphone saja. Bukan main bergaya lagi anak-anak Ibu

Friday, July 24, 2009

Selamat hari lahir sayang

Hari ini, jam 4.35 pagi tadi genap usia anak kesayangan ibu; "baby abang" 3 tahun. Ibu doakan semoga Muqry dikurniakan kesihatan yang baik dan akal yang bijak. Semoga jadi anak yang soleh, turuti kata Abah & Ibu.

Doa Ibu akan sentiasa mengiringi Muqry...

Malam tu kita sambut hari lahir Muqry dekat rumah Atok Serdang. Abah belikan Muqry kek dengan gambar 'car' sebab Muqry kan suka sangat dengan 'car'.

Cantik kan gambar 'car' tu. Muqry seronok sangat tengok kek ni. Pandai abah pilih kek untuk Muqry

Muka-muka kegembiraan

Kakak Caca tolong Muqry potong kek

Belum sempat ibu potong, Muqry dan Nuryn dah calit dulu kek tu. Sedap kan?


Tak akan ibu lupakan...

Semalam, balik dari kerja bibik beritahu pada Ibu yang ada kutu dekat kepala Muqry. Terkejut sungguh bila ibu tengok kepala Muqry. Memang betul…. Ibu nampak ada 2 ekor ibu kutu. Telur kutu pun banyak sangat. Ibu pun tak tahulah mana datangnya kutu tu semua. Tapi, ibu memang fobia dan kasihan dekat Muqry. Sampai luka-luka kepala Muqry sebab Muqry asyik garu.

Abah segera beli sikat kutu. Bila abah sikat dengan sikat tu, makin banyak ibu kutu yang kami jumpa. Mungkin lebih dari 10 ekor. Ibu dah cari telur kutu malam tadi. Tapi Ibu rasa mesti ada banyak lagi. Kasihan anak Ibu. Mungkin Muqry dapat masa hari Sabtu lepas. Yelah…. hari tu saja yang Muqry ada jumpa orang. Telur kutu pun ambil masa 5-8 hari untuk menetas. Hari ni Ibu akan suruh Abah belikan Muqry ubat kutu ya.

Wednesday, July 22, 2009

Langawi - Hari Ketiga

Isnin - 22 Jun 2009

Hari ni pagi-pagi lagi abah dah uruskan pertukaran bilik kita. Rancangan hari ni ialah 'island hopping'. Pukul 9 patutnya dah kena keluar. Ibu ingat tak jadi pergi pagi ni sebab tak sempat nak siap. Lagipun Abah masih uruskan pertukaran bilik. Abah sampai bilik 8.45 pagi, beritahu nak kena pergi pagi ni juga. Kelam kabut Ibu bersiap. Muqry & Nuryn pun belum mandi lagi masa tu. Sebaik kita keluar, van dah tunggu kat depan motel.


Sampai jeti, bot pun dah siap tunggu. Memang ramai orang yang nak pergi 'island hopping' ni. Laju betul bot tu kan? Kita semua kena pakai jaket keselamatan. Cuma Nuryn yang tak pakai sebab tak ada saiz. Destinasi pertama 'island hopping' ialah Tasik Dayang Bunting. Jauh rupanya dari jeti nak ke tasik tu. Mula-mula Muqry jalan sendiri, lepas tu bila dah penat Abahlah yang kena dokong Muqry. Nuryn seperti biasa, Ibu yang kena dokong.

i

Tuesday, July 21, 2009

Langkawi - Hari Kedua

Ahad – 21 Jun 2009

Awal betul Abah bangun hari ni, belum Subuh lagi dah bangun. Muqry & Nuryn pun cepat jugak bangun. Abah cuba nak tukar bilik lain tapi tak dapat.

Destinasi pertama kita hari ni, naik kereta kabel. Walaupun kita keluar agak awal juga, sampai sana Tapi tak apalah, panas pagi tak terik sangat. Muqry mengadu yang telinga Muqry sakit masa naik kereta kabel tu. Semalam masa dalam kapal terbang pun Muqry beritahu telinga sakit. Memang anak abah betul. Nuryn ok jer. Tak sakit telinga, tak takut. Haha.. ini anak ibu. Curam betul laluan kereta kabel tu. Pemandangan pun cantik, boleh nampak laut biru. matahari dah naik.

Sampai kat hentian terakhir, kita turun tangga pulak untuk ke jambatan gantung. Mula-mula Muqry turun sendiri. Lepas tu dah penat, mintak abah dokong pulak. Nuryn macam biasa, kena ibu dokong. Nasib baik ibu bawa sling. Kurang sikit terasa beratnya. Tapi, mengeletar jugaklah lutut ibu ni nak dokong Nuryn tau.

Cantik betul pemandangan dari atas jambatan tu. Sesekali terasa jugak jambatan tu bergoyang. Tapi Muqry & Nuryn tak takut pun. Lepas ambil gambar dan duduk rehat melepaskan lelah, kita mulakan perjalanan turun pulak.

Hari ni Abah dah janji nak jumpa Uncle Nazwan & family. Lepas makan tengahari kat Air Terjun Telaga Tujuh, kita pergi ambil Uncle Nazwan dekat jeti pula. AKhirnya jumpa juga kita dengan baby Syahmi kan? Nuryn suka betul.. sampai sekarang pun Nuryn boleh ingat lagi nama Syahmi.

Perjalanan kita diteruskan pula ke Taman Buaya dengan Uncle Nazwan & family. Muqry ingat tak buaya yang cacat tu? Ibu pun lupa apa nama buaya tu tapi, Muqry sungguh-sungguh nak Abah dengar yang Muqry cakap “kesian crocodile tu kan abah!”. Paksa Abah gi tengok semula buaya tu.

Malam tu kita makan malam dengan Mak Uda Nurul dan Hamzi. Dalam perjalanan balik semua dah tidur sebab kepenatan. Ibu dan Abah la yang lenguh tangan dokong Muqry & Nuryn balik ke bilik kita.

Sunday, July 05, 2009

Langkawi - Hari Pertama

Sabtu – 20 Jun 2009

Penerbangan kita dijadualkan jam 6.50 petang. Baru je beberapa kilometer perjalanan dari rumah Atuk, Abah dapat sms dari Air Asia yang penerbangan ditunda ke pukul 8.15 malam. Sebab dah mula perjalanan, teruskan sajalah. Sampai LCCT pukul 5. Minum-minum dulu kat McD. Mujur Ibu bawakan 4 buah buku cerita Muqry & Nuryn, takdelah jemu sangat menunggu.

Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Muqry yang paling seronok sekali. Kita dapat seat 2A, 2B & 2C. Tapi disebabkan lama menunggu dan Muqry langsung tak tidur seharian, dalam flight mulalah kemaruk. Merengek nak beli coklat yang stewardess dok jual dalam kapal tu. Kalau kat luar baru RM1.95, kat atas angin langsung jadi RM4.00. Ikutkan jelah sebab kalau ibu tak beli mesti Muqry meraung pulak dalam kapal, kan?

Sampai Langkawi pukul 9.15 malam. Kereta sewa dah siap tunggu. Kita sewa Toyota Vios RM60.00/sehari. Muqry asyik kata kereta tu “kereta baru kita”. Dapat harga kawan-kawan. Kalau publish rate rasanya RM130.00 kot.

Dari airport terus ke Malibest Resort, Pantai Chenang. Sewa bilik yang ada 2 katil queen, RM140.00/malam. Tu pun harga kawan-kawan katanya. Muqry dan Nuryn dah tertidur jadi Abah tapau je dinner kami malam tu. Elok baru nak dinner kat bilik, Muqry & Nuryn pulak bangun. Lepas makan, kita terus jalan-jalan sekitar Pantai Chenang.

Cakap pasal bilik, biliknya selesa. Dekat ngan pantai. Bilik air pun luas, siap ada bath tub. Tapi yang tak bestnya, bilik kita tu kat tingkat atas. Kena naik external stair yang agak curam baru bleh sampai ke bilik. Lepas tu, dari parking nak ke bilik pun boleh tahan jauhnya. Lagi-lagi bila Abah kena dokong Muqry dan Ibu kena dokong Nuryn. Sesak nafas jugakla..

Tak apa lah.. malam pertama ni kita duduk je bilik tu. Lagipun Muqry & Nuryn pun dah penat. Ibu dengan Abah pun sama letih. Esoknya, kita teruskan kembara Langkawi kita.

Thursday, May 14, 2009

Baju baru Nuryn

Lamanya ibu tak bercerita dalam blog khas untuk anak-anak ibu ni. Ibu agak sibuk kebelakangan ni. Maaf ya.
Baru-baru ni, semasa cuti panjang sempena Hari Pekerja, ibu dah jahitkan Nuryn sepasang dress dan seluar. Ibu belajar sendiri dari internet. Alhamdulillah hasilnya boleh tahan juga. Kasihan Muqry sebab asyik kata itu "baju abang". Ibu tak pandailah nak buat baju lelaki. Kalau setakar seluar, bolehlah ibu jahitkan. Nanti kalau ibu jumpa pola untuk baju budak lelaki, ibu cuba buat untuk Muqry pula ya.

Nuryn bergaya dengan baju baru. Susah betul ibu nak ambil gambar Nuryn pose

Wednesday, April 15, 2009

Perkembangan Muqry

Ketika ibu membuat catatan ini, Muqry berumur 2 tahun 8 bulan 3 minggu dan 1 hari.

Antara perkembangan Muqry yang membanggakan ibu:-

  1. Pandai baca doa sebelum makan serta masih menghafal doa sebelum tidur dan doa sebelum belajar
  2. Sudah sepenuhnya tanpa diaper. Bila tidur malam, Muqry akan kejut ibu kalau Muqry nak pee
  3. Pandai buka & pakai seluar sendiri
  4. Pandai counting ‘one’ to ‘ten’
  5. Boleh menyanyi A sampai Z. Ada beberapa huruf yang Muqry dah kenal
  6. Dalam proses nak hafal alif ba ta
  7. Boleh nyanyi sikit2 lagu2 dari cd I Look I See 2 dan nasyid nyanyian Ustaz Akhil Hayy
  8. Pandai mewarna. Dah kemas sikit Muqry mewarna, tak banyak keluar dari garisan
  9. Dah pandai menulis sikit2 ikut garisan putus-putus

Setakat ini sahaja yang terlintas di ingatan ibu. Ibu akan kemas kini senarai ni dari masa ke semasa. Sayang anak ibu…

Friday, March 13, 2009

Maafkan ibu.. sayang

Muqry.. ibu minta maaf sangat-sangat sebab pukul Muqry malam tadi. Tak tahula kenapa ibu boleh bertindak kejam sangat kat Muqry malam tadi. Ibu letih, abah pulak tak ada. Ibu bukan tak sedar masa Muqry kejut ibu dan beritahu nak buang air tu. Tapi, ibu baru nak bangun Muqry dah buang air atas tilam ibu. Banyak pulak tu. Mana ibu tak hilang pertimbangan. Kesian sangat kat Muqry tapi masa tu, ibu memang jadi monster. Adik pun asyik menangis jer bila ibu tak ada kat sebelah dia. Lagi ibu tension. Mula-mula Muqry nangis jugak masa ibu pukul tapi, lepas tu Muqry cuma teresak jer. Agaknya apalah yang Muqry fikir. Kenapala ibu marah Muqry sampai macam tu sekali. Bila ibu tengok punggung Muqry yang merah tu, ibu memang sayu. Sebab tu ibu peluk Muqry kuat-kuat. Baru sedar tindakan ibu melampau sungguh. Ibu mintak maaf yer Muqry. Lepas ni ibu akan lebih bersabar. Tak kiralah masa tu ibu ngantuk, ibu penat atau apa pun. Ibu takkan jadi monster lagi. Ibu sayang anak ibu, ibu janji takkan sakiti anak-anak ibu lagi.

Sunday, March 01, 2009

Taman Tasik Permaisuri


Ahad, 22 Februari : Hari ini ibu ada gathering di Taman Tasik Permaisuri. Muqry dan Nuryn seronok sangat sebab dapat main kat taman. Main swing, slide. Ada kuda jugak kat situ kan. Muqry berani betul kejar kuda tu. Bahaya tau... Muqry & Nuryn makan sate, ais krim. Seronok kan? Lain kali kita ajak abah pergi taman ni lagi yer.

Friday, February 27, 2009

Nuryn glamour ;-)

1 Februari lepas, kita sekeluarga pergi ke perjumpaan ahli SusuIbu.com. Semenjak ibu mengandungkan Nuryn, ibu dah jadi ahli komuniti ni sebab ibu nak pastikan ibu berjaya menyusukan Nuryn dengan susu badan. Tengok... bukan saja Nuryn dapat membesar sihat dengan susu ibu, malah Nuryn dapat masuk majalah tau (walaupun cuma gambar saja..).

Tuesday, February 17, 2009

Sejuk mata memandang...


Anak-anak Ibu yang comel & rajin, wah … rajin betul Muqry & Nuryn tolong Abah cuci kereta. Tak payah pakai kain, cukup dengan tapak tangan jer Muqry & Nuryn gosok keta Abah. Ni sebenarnya lebih nak main air sabun dari tolong Abah cuci kereta kan? Seronok betul Ibu tengok Muqry & Nuryn. Ibu tak sihat hari Ahad tu jadi tak dapat nak layan Muqry & Nuryn. Hari tu masa Aunty Ann datang, Muqry tolong ibu jugak kan? Tolong lipat kain….

Dua-dua anak Ibu ni, memang boleh di harap. Ibu mintak tolong buat apa-apa, semuanya cepat-cepat nak buat. Masing-masing tak boleh nak kalah. Kadang-kadang sampai bergaduh-gaduh pulak. Muqry tak bolehla marah dan pukul adik Nuryn. Nurynkan baby lagi. Abang Muqry dah besar. Kalau Muqry pukul Adik, mesti Adik sakit. Nuryn pulak, kalau abang Muqry duduk dekat-dekat Nuryn, Nuryn janganla nak gigit Abang jer. Abang tu kadang-kadang nak main ngan Adik, nak meleset kat Adik. Abang Muqry tu kan manja terlebih.

Nanti dh besar pun rajin-rajinlah tolong Ibu dan Abah ya. Jangan bergaduh lagi, tolong –menolong antara satu sama lain juga. Semoga jadi anak yang baik…

Thursday, January 29, 2009

Aquaria, KLCC

Hari ni kita dengan Uncle Ejai & Uncle Apai gi jalan-jalan tengok fish dekat Aquaria.





Wednesday, January 28, 2009

Ancasa... Port Dickson

24 - 26 Januari 2009 kita ke Port Dickson lagi. Kali ni dengan kawan baik abah & ibu pula; Uncle Ejai, Uncle Apai, Uncle Amad, Uncle Yuzman, Aunty Ann, Uncle Atok & Aunty Reen.

Sepatutnya kita terus balik hari Isnin tu. Tapi jalan sesak teruk dari PD nak ke KL. Jadi kita terus ke rumah Aunty Ann kat Melaka ikut jalan lama. Esoknya baru kita balik KL semula.
Uncle semua yang lebih main pasir dari Nuryn & Muqry


Uncle Ejai, Muqry, Abah, Nuryn & Uncle Yuzman

Kita makan seafood kat Umbai, Melaka


Wednesday, January 14, 2009

Corus Paradise... Port Dickson

Muqry asyik berkepit


Nuryn berani apungkan badan dalam air

Nuryn kena timbus pasir dengan kakak Syasya

10 - 11 Januari 2009; Sabtu & Ahad, kita sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson dengan family Mak, Atuk, Nenek, Pak Wan, Pak Man, Pak Usu, Pak Uda & Mak Uda. Cuma Pak Itam je yang tak ikut sebab kena kerja.

Sepatutnya hari Jumaat lagi kita dah bertolak tapi, disebabkan Sabtu tu ibu ada kursus sampai pukul 4, kita bertolak kemudian.

Sampai PD pukul 6.30. Terus tukarkan baju Muqry & Nuryn dengan swim wear dan mandi kat swimming pool. Tapi abah tak puas hati, kita pergi jugak ke pantai. Hmmm... jauh rupanya dari bilik kita nak ke pantai. Lenguh jugaklah tangan ibu dokong Nuryn.

Muqry tak berani sangat nak main air. Muqry lebih suka main pasir. Nuryn dah pandai apungkan badan dengan bantuan pelampung kat lengan tu. Nuryn ni berani rupanya.

Kita check out dari Corus pukul 5 petang dan malam tu celebrate btrthday Mak Uda pulak.

Row, row, row your boat...




4 Januari 2009; Ahad, abah dan ibu bawa Muqry dan Nuryn naik bot dari KTM Jetty sampai ke Mines Shopping Fair. Muqry seronok sangat. Sampai kembang kempis hidung Muqry sebab excited sangat. Nuryn biasa-biasa je. Nuryn lagi seronok nak tengok penumpang lain dalam bot dari tengok tasik.

Sampai Mines, kita terus bagi ikan makan roti yg dah expired kat rumah. Seronok sangat Muqry dan Nuryn masa tu.

Tak lama kita dekat Mines sebab Muqry dah mengamuk nak naik bot semula.

Tak di sangka...

Kali pertama abah pakai sling utk dokong Nuryn sebab Nuryn merengek jer tak nak letak. Abah Nuryn rajin tau tolong ibu basuh pinggan sementara ibu jemur kain.

Tadi, masa Uncle Ejai, Uncle Apai & Uncle Amad ada kat rumah kita, Muqry had small accident. Mesti Muqry lupa yang Muqry tak pakai diaper kan? Sebab tu Muqry "terlepas" kat hall. Tak apala Muqry, abah ngan ibu tak marah pun...

Tuesday, January 13, 2009

Inspirasi...

Ibu dapat ilham ni masa blog hopping dekat blog Mama Ila. (P.s : Thanks yer Suhaila, bagi idea bernas).

Bagus jugak buat camni, catatan yang didedikasi khas untuk anak-anak ibu, Muqry & Nuryn. (Hmm.. nampaknya ibu kena guna perkataan Bahasa Malaysia yang betullah kalau begitu).

Jadi Muqry & Nuryn kenalah cepat-cepat pandai membaca supaya boleh baca apa yang ibu tulis tentang kamu berdua.