Monday, July 27, 2009

Malam yang indah...

Malam tadi untuk pertama kali, Abah bawa kita jalan-jalan ke Dataran Putra, Putrajaya. Kita keluar rumah agak lambat. Pukul 9.30 malam baru bertolak. Nuryn pun dah terlelap dalam perjalanan. Tapi, sebaik sampai, segar terus mata Nuryn.

Muqry apa lagi, seronok betul main lari-lari. Muqry kata, Muqry jadi 'racing car'. Nuryn pun sama ikut terkedek-kedek lari. Mula-mula Muqry & Nuryn takut nak pergi jauh dari Abah & Ibu. Lepas tu bila dah seronok, tak kisah lagi Abah & Ibu. Lari jauh-jauh kejar 'remote control car'. Muqry pun nak juga kereta tu.

Lain kali kita datang lagi ya. Awal sikit, bawa basikal, bola... dan Abah kata nak beli juga 'remote control car' untuk Muqry.


Ibu lupa nak bawa kamera. Jadi terpaksa ambil gambar dengan handphone saja. Bukan main bergaya lagi anak-anak Ibu

Friday, July 24, 2009

Selamat hari lahir sayang

Hari ini, jam 4.35 pagi tadi genap usia anak kesayangan ibu; "baby abang" 3 tahun. Ibu doakan semoga Muqry dikurniakan kesihatan yang baik dan akal yang bijak. Semoga jadi anak yang soleh, turuti kata Abah & Ibu.

Doa Ibu akan sentiasa mengiringi Muqry...

Malam tu kita sambut hari lahir Muqry dekat rumah Atok Serdang. Abah belikan Muqry kek dengan gambar 'car' sebab Muqry kan suka sangat dengan 'car'.

Cantik kan gambar 'car' tu. Muqry seronok sangat tengok kek ni. Pandai abah pilih kek untuk Muqry

Muka-muka kegembiraan

Kakak Caca tolong Muqry potong kek

Belum sempat ibu potong, Muqry dan Nuryn dah calit dulu kek tu. Sedap kan?


Tak akan ibu lupakan...

Semalam, balik dari kerja bibik beritahu pada Ibu yang ada kutu dekat kepala Muqry. Terkejut sungguh bila ibu tengok kepala Muqry. Memang betul…. Ibu nampak ada 2 ekor ibu kutu. Telur kutu pun banyak sangat. Ibu pun tak tahulah mana datangnya kutu tu semua. Tapi, ibu memang fobia dan kasihan dekat Muqry. Sampai luka-luka kepala Muqry sebab Muqry asyik garu.

Abah segera beli sikat kutu. Bila abah sikat dengan sikat tu, makin banyak ibu kutu yang kami jumpa. Mungkin lebih dari 10 ekor. Ibu dah cari telur kutu malam tadi. Tapi Ibu rasa mesti ada banyak lagi. Kasihan anak Ibu. Mungkin Muqry dapat masa hari Sabtu lepas. Yelah…. hari tu saja yang Muqry ada jumpa orang. Telur kutu pun ambil masa 5-8 hari untuk menetas. Hari ni Ibu akan suruh Abah belikan Muqry ubat kutu ya.

Wednesday, July 22, 2009

Langawi - Hari Ketiga

Isnin - 22 Jun 2009

Hari ni pagi-pagi lagi abah dah uruskan pertukaran bilik kita. Rancangan hari ni ialah 'island hopping'. Pukul 9 patutnya dah kena keluar. Ibu ingat tak jadi pergi pagi ni sebab tak sempat nak siap. Lagipun Abah masih uruskan pertukaran bilik. Abah sampai bilik 8.45 pagi, beritahu nak kena pergi pagi ni juga. Kelam kabut Ibu bersiap. Muqry & Nuryn pun belum mandi lagi masa tu. Sebaik kita keluar, van dah tunggu kat depan motel.


Sampai jeti, bot pun dah siap tunggu. Memang ramai orang yang nak pergi 'island hopping' ni. Laju betul bot tu kan? Kita semua kena pakai jaket keselamatan. Cuma Nuryn yang tak pakai sebab tak ada saiz. Destinasi pertama 'island hopping' ialah Tasik Dayang Bunting. Jauh rupanya dari jeti nak ke tasik tu. Mula-mula Muqry jalan sendiri, lepas tu bila dah penat Abahlah yang kena dokong Muqry. Nuryn seperti biasa, Ibu yang kena dokong.

i

Tuesday, July 21, 2009

Langkawi - Hari Kedua

Ahad – 21 Jun 2009

Awal betul Abah bangun hari ni, belum Subuh lagi dah bangun. Muqry & Nuryn pun cepat jugak bangun. Abah cuba nak tukar bilik lain tapi tak dapat.

Destinasi pertama kita hari ni, naik kereta kabel. Walaupun kita keluar agak awal juga, sampai sana Tapi tak apalah, panas pagi tak terik sangat. Muqry mengadu yang telinga Muqry sakit masa naik kereta kabel tu. Semalam masa dalam kapal terbang pun Muqry beritahu telinga sakit. Memang anak abah betul. Nuryn ok jer. Tak sakit telinga, tak takut. Haha.. ini anak ibu. Curam betul laluan kereta kabel tu. Pemandangan pun cantik, boleh nampak laut biru. matahari dah naik.

Sampai kat hentian terakhir, kita turun tangga pulak untuk ke jambatan gantung. Mula-mula Muqry turun sendiri. Lepas tu dah penat, mintak abah dokong pulak. Nuryn macam biasa, kena ibu dokong. Nasib baik ibu bawa sling. Kurang sikit terasa beratnya. Tapi, mengeletar jugaklah lutut ibu ni nak dokong Nuryn tau.

Cantik betul pemandangan dari atas jambatan tu. Sesekali terasa jugak jambatan tu bergoyang. Tapi Muqry & Nuryn tak takut pun. Lepas ambil gambar dan duduk rehat melepaskan lelah, kita mulakan perjalanan turun pulak.

Hari ni Abah dah janji nak jumpa Uncle Nazwan & family. Lepas makan tengahari kat Air Terjun Telaga Tujuh, kita pergi ambil Uncle Nazwan dekat jeti pula. AKhirnya jumpa juga kita dengan baby Syahmi kan? Nuryn suka betul.. sampai sekarang pun Nuryn boleh ingat lagi nama Syahmi.

Perjalanan kita diteruskan pula ke Taman Buaya dengan Uncle Nazwan & family. Muqry ingat tak buaya yang cacat tu? Ibu pun lupa apa nama buaya tu tapi, Muqry sungguh-sungguh nak Abah dengar yang Muqry cakap “kesian crocodile tu kan abah!”. Paksa Abah gi tengok semula buaya tu.

Malam tu kita makan malam dengan Mak Uda Nurul dan Hamzi. Dalam perjalanan balik semua dah tidur sebab kepenatan. Ibu dan Abah la yang lenguh tangan dokong Muqry & Nuryn balik ke bilik kita.

Sunday, July 05, 2009

Langkawi - Hari Pertama

Sabtu – 20 Jun 2009

Penerbangan kita dijadualkan jam 6.50 petang. Baru je beberapa kilometer perjalanan dari rumah Atuk, Abah dapat sms dari Air Asia yang penerbangan ditunda ke pukul 8.15 malam. Sebab dah mula perjalanan, teruskan sajalah. Sampai LCCT pukul 5. Minum-minum dulu kat McD. Mujur Ibu bawakan 4 buah buku cerita Muqry & Nuryn, takdelah jemu sangat menunggu.

Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Muqry yang paling seronok sekali. Kita dapat seat 2A, 2B & 2C. Tapi disebabkan lama menunggu dan Muqry langsung tak tidur seharian, dalam flight mulalah kemaruk. Merengek nak beli coklat yang stewardess dok jual dalam kapal tu. Kalau kat luar baru RM1.95, kat atas angin langsung jadi RM4.00. Ikutkan jelah sebab kalau ibu tak beli mesti Muqry meraung pulak dalam kapal, kan?

Sampai Langkawi pukul 9.15 malam. Kereta sewa dah siap tunggu. Kita sewa Toyota Vios RM60.00/sehari. Muqry asyik kata kereta tu “kereta baru kita”. Dapat harga kawan-kawan. Kalau publish rate rasanya RM130.00 kot.

Dari airport terus ke Malibest Resort, Pantai Chenang. Sewa bilik yang ada 2 katil queen, RM140.00/malam. Tu pun harga kawan-kawan katanya. Muqry dan Nuryn dah tertidur jadi Abah tapau je dinner kami malam tu. Elok baru nak dinner kat bilik, Muqry & Nuryn pulak bangun. Lepas makan, kita terus jalan-jalan sekitar Pantai Chenang.

Cakap pasal bilik, biliknya selesa. Dekat ngan pantai. Bilik air pun luas, siap ada bath tub. Tapi yang tak bestnya, bilik kita tu kat tingkat atas. Kena naik external stair yang agak curam baru bleh sampai ke bilik. Lepas tu, dari parking nak ke bilik pun boleh tahan jauhnya. Lagi-lagi bila Abah kena dokong Muqry dan Ibu kena dokong Nuryn. Sesak nafas jugakla..

Tak apa lah.. malam pertama ni kita duduk je bilik tu. Lagipun Muqry & Nuryn pun dah penat. Ibu dengan Abah pun sama letih. Esoknya, kita teruskan kembara Langkawi kita.